EMAKIN MANTAP…Barisan kesebelasan pemain SU FC II.

KUCHING: Keceriaan jelas terpancar pada wajah pemain Sarawak United FC II (SU FC II) selepas berjaya memperoleh tiga mata berharga hasil kemenangan (2-1) ke atas UiTM FC di Stadium UiTM, semalam.

Ia merupakan kemenangan kedua buat anak-anak buah Safri Amit pada saingan Piala Presiden 2022, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas melalui tiga perlawanan.

“Pujian kepada semua pemain kerana berjaya mengutip tiga mata berharga dari perlawanan semalam,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui anak-anak buahnya berjaya mempraktik strategi yang diguna pakai sepanjang saingan.

Safri pada masa sama menyifatkan kemenangan yang diperoleh sebagai penyuntik semangat kepada pemain untuk siap sedia menghadapi perlawanan lain selepas ini.

“Diharap prestasi hebat para pemain dapat dikekalkan selepas ini,” tambah Safri lagi.

Dua gol SU FC II pada perlawanan tersebut dijaringkan oleh Fadhlu Shauqi minit ke-36 dan Ikhwan Firdaus minit ke-64.

Skuad pelapis itu akan menentang Kuala Lumpur FC pada 24 Mac ini.

Suara Sarawak