MEMBURU KEMENANGAN…PemainSU FC II kelihatan bersemangat ketika sesi latihan. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC II (SU FC II) Safri Amit menyatakan, tiga mata berharga tetap menjadi buruan pasukannya apabila turun berdepan UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam petang esok.

Meskipun sedar ia bukan satu tugas mudah dengan mengambil kira beraksi di gelanggang lawan.

Namun, Safri optimis misi itu mampu tercapai dengan menuntut komitmen jitu daripada kesebelasan utama yang akan diturunkan.

“Kemenangan tetap menjadi buruan kami petang esok. Walaupun, pemain bakal berdepan tugas yang agak berat,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Safri, beliau mengingatkan kepada pemainnya agar tidak terlalu ghairah dalam melancarkan serangan ke kubu pasukan lawan kerana segala kemungkinan boleh berlaku jika mudah hilang fokus sepanjang saingan.

“Dua perlawanan baharu sahaja diharungi, dengan satu kemenangan dan sekali seri.

“Justeru, rekod tanpa kalah harus dipertahankan,” tambah Safri.

Sambil turut berharap pemain sentiasa bijak menyempurnakan peluang serta mengelak melakukan kesilapan.

Tegas Safri, beliau akan mempertaruhkan barisan kesebelasan terbaik untuk perlawanan tersebut.

Suara Sarawak