KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan hari ini bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, ia merupakan keputusan yang sukar kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat dan jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

“Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP,” katanya pada sidang media khas di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” katanya lagi.

Suara Sarawak