Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika ditemu-bual semasa mengadakan lawatan kerja ke Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC), di sini hari ini.

KUCHING: Kerja menaik taraf sekolah-sekolah daif dan usang di Sarawak masih diteruskan, kata Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu, ia memandangkan masih ada sekolah sedemikian yang belum dinaik taraf.

“Ada beberapa buah sekolah yang belum dinaik taraf tetapi kita akan laksanakannya,” katanya tanpa menyatakan jumlah sekolah berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemu-bual semasa mengadakan lawatan kerja ke Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC), di sini hari ini.

Menurut Sagah, kerja menaik taraf sekolah daif di Sarawak tertangguh disebabkan beberapa faktor serta terganggu oleh pandemik Covid-19.

Selain itu, katanya terdapat juga permohonan untuk memindahkan sekolah ke kawasan yang lebih tinggi kerana lokasi sekolah sedia ada sering dilanda banjir.

Bagaimanapun, beliau berkata dengan keadaan Covid-19 kini jauh lebih baik, maka kerja-kerja menaik taraf akan dapat dipercepatkan.

Suara Sarawak