KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila sebanyak 980 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 293,839 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 284 dalam kategori 1, 689 kes bagi kategori 2, dan tujuh kes dikelaskan dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 355 kes, diikuti Bintulu (116), Miri (100), Sibu (82), Samarahan (44), Serian (28), Bau (26), Sarikei (24), Sri Aman (20), Limbang (15), Kanowit (14), Subis (12), Mukah dan Betong (11).

“Sementara Pusa, Simunjan, Tanjung Manis serta Meradong catat sembilan kes, Dalat, Matu (8), Saratok, Asajaya, Lubok Antu, Lawas (7), Tebedu (6), Lundu, Kapit, Kabong (5), Selangau (4), Julau, Daro (3), Pakan, Marudi, Song dan Telang Usan (2), manakala masing-masing satu kes di Beluru, Tatau dan Sebauh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi kes kematian kata JPBN, tiga kes kematian dilaporkan sejak 22 hingga 24 Mac di Samarahan, Kuching dan Mukah melibatkan lelaki masing-masing berumur 51, 57 dan 75 tahun.

Dalam pada itu, JPBN mendedahkan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

Suara Sarawak