KUCHING: Satu kluster ditamatkan, ketika Sarawak masih Sarawak mencatatkan sebanyak 1,867 kes positif hari ini.

Ia melibatkan Kluster Lorong Siol Kandis, Kuching menjadikan lima lagi kluster yang aktif di negeri ini.

“Bagi kluster yang mempunyai penambahan kes baharu adalah Klusteri DTI Semuja 3, Serian,” kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan.

Sementara, dua kematian dilaporkan hari ini melibatkan warga emas lelaki berusia 65 tahun.

“Kes pertama dari Mukah dan tiada sejarah penyakit yang diketahui, manakala kes kedua dari Samarahan serta mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan penyakit paru-paru obstruktif kronik,” katanya.

Suara Sarawak