Datu Len Talif Salleh mengangkat sumpah sebagai ADUN Kuala Rajang di Dewan Undangan Negeri, pada jam 10 pagi tadi.
Datuk Seri Huang Tiong Sii mengangkat sumpah sebagai ADUN Repok di Dewan Undangan Negeri, pada jam 10 pagi tadi.

KUCHING: ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh dan ADUN Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri, pada jam 10 pagi tadi.

Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat di hadapan Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Upacara turut disaksikan oleh Timbalan Speaker DUN Datuk Idris Buang dan ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki.

Len Talif yang juga Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar dan Huang mengangkat sumpah secara berasingan kerana kedua-dua mereka disahkan positif Covid-19 dan tidak dapat hadir pada majlis angkat sumpah ADUN, 14 Februari lalu.

Len Talif dan Huang memenangi kedua-dua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-12 pada 18 Disember 2021.

Dengan itu, Len Talif menyandang DUN Kuala Rajang untuk penggal ketiga dan Huang menjadi ADUN Repok untuk penggal kedua.

 

Suara Sarawak