JUARA…Pemain pasukan BNG FC.

KUCHING: Pasukan serba mantap, BNG FC menepati ramalan muncul juara Liga Bola Sepak Jemputan Veteran 2022.

Ia hasil kemenangan tipis (2-1) ke atas Armada SV FC pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya hujung minggu lepas.

Kemenangan itu membolehkan pasukan BNG FC membawa pulang wang tunai RM700, piala dan pingat.

Manakala, Armada SV FC selaku naib juara menerima wang tunai RM500 beserta piala dan pingat.

Dalam pada itu, pasukan MA FC dan V-Foss FC yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM250 bersama piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Hadiah untuk kejohanan itu ditaja oleh MJSB FC (Stakan Jaya).

Sebanyak lapan pasukan berentap dalam kejohanan berkenaan.

TERIMA…Pengurus BNG FC (kiri) menerima hadiah sebaik selesai perlawanan.

Suara Sarawak