JURULATIH…Irfan Bakti.

KUCHING: Barisan pemain Kuching City FC (KC FC) yang positif Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah tetap menjalani latihan secara kendiri.

Ketua Jurulatih KC FC Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, pendekatan tersebut dilakukan bagi mengekal tahap kecergasan diri pemain terbabit.

“Mereka tetap diberi kerja rumah iaitu menjalani latihan secara sendirian di kediaman masing-masing sepanjang tempoh kuarantin,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Irfan, beliau percaya tiada masalah untuk pemainnya mempraktikkan semua itu kerana situasi sama pernah dilalui sebelum ini.

Dalam pada itu, Irfan memberitahu, pemain lain yang bebas dari musibah berkenaan masih berlatih seperti biasa.

Terdahulu, dua hari lepas beberapa pemain dan pegawai KC FC disahkan positif Covid-19 sekali gus memaksa dua perlawanan ditunda.

Suara Sarawak