LIGA SUPER 2022:  SU FC lemas di Iskandar Puteri

KUCHING: Hasrat Sarawak United FC (SU FC) untuk membawa pulang sebarang mata pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi tidak kesampaian.

Ia selepas kekalahan besar (6-0) dialami anak-anak buah B. Sathiananthan dalam aksi kedua kempen Liga Super 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Beraksi dengan sepuluh orang selepas pemain pertahanan, Raja Imran Shah Raja Amin yang diperintah keluar padang pada minit ke-62 setelah menerima dua layangan kuning nyata memberi impak yang cukup mendalam buat SU FC se laku pendatang baru untuk menyaingi prestasi hebat skuad bangsawan itu.

Mudah memimpin perlawanan menerusi dua gol awal jaringan Fernando Martin Forestieri minit ke-15 dan Bergson Da Silva minit ke-33, anak-anak buah Benjamin Mora nyata tidak memberi ruang langsung kepada pasukan pelawat dengan menambah empat lagi gol.

Ia masing-masing menerusi Bergson Da Silva minit ke-63, Carlos De Murga minit ke-78, Safawi Rasid minit ke-80 dan Fernando Martin Foreatieri minit ke–85.

Suara Sarawak