Matrixx julang Piala Ahli Parlimen P.204 Betong
Matrixx United

BETONG: Pasukan Matrixx United merangkul gelaran juara Kejohanan Futsal Terbuka Piala Ahli Parlimen P.204 Betong, Datuk Robert Lawson Chuat 2022.

Ia selepas pasukan itu berjaya menumpaskan Dahlia FT (2-1) pada aksi final yang berlangsung di Arena Jang BS, Spaoh sebentar tadi.

Dua gol Matrixx United dijaringkan oleh Mohd. Azri Dumin pada minit ke-2 dan Mohd. Nurmansyah Ismail pada minit ke-9.

Gol tunggal Dahlia FT dijaringkan Mohamad Shahrul Sungunt minit ke-5.

Kejayaan itu menyaksikan pemain Matrixx membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Manakala, hadiah wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat diterima pasukan Dahlia FT selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Kasma KTT dan Nafas Mukah yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat.

Hadir sama Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dr Richard Rapu, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), David Usop serta barisan Exco BDFA.

Pusingan akhir yang berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad) itu menghimpunkan 16 pasukan terbaik dari tiga zon berbeza.

Enam pasukan dari Zon Bukit Saban iaitu Matrizz United, Ramak Pang, Nafas, Debak United, Evolution FT dan Fighter Team.

Lima pasukan terbaik dari Zon Layar, Dahlia FT,Sharks FT, Loy69 Manggut, Gurah B dan Jang BS.

Selain itu, lima lagi pasukan dari Zon Saribas iaitu Kasma KTT, Lestary FT, Loy69 2 Manggut, Naila FT dan KSRB U21.

Dahlia FT

Suara Sarawak