BERSEDIA… Barisan pemain PJFC

KUCHING: Petrajaya Football Club (PJ FC) akan cuba memberi tentangan sengit dalam pertembungan final Liga Bola Sepak Petrajaya (PJFL) di Padang Bola Sepak Jubilee jam 2 petang, Ahad ini.

Bakal menentang Hajiba FC, keputusan perlawanan semestinya sukar diramal dengan mengambil kira pertembungan dua pasukan itu sebelum ini pada peringkat kumpulan (minggu ketiga liga) menyaksikan Hajiba FC menang tipis (1-0).

Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan masing-masing. PJ FC dibarisi pemain muda yang mempamerkan corak permainan pantas, manakala Hajiba FC di bawah pengurusan Hapis Ibrahim dan Muhd Firdaus dikenali sebagai pasukan dibarisi beberapa pemain berpengalaman.

Pengurus PJFC Saifol Polly memberitahu, anak-anak buahnya kini bersiap sedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya menjelang perlawanan itu nanti.

Sambil menambah kesemua pemain tidak mengalami sebarang kecederaan dan dijangka mampu mempersembahkan aksi penuh sekiranya diberi tanggung jawab pada aksi terbabit,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, Pengajur PJFL Iswandie Razali berkata, juara akan membawa pulang hadiah wang tunai 1,000 berserta piala dan juga medal.

Sementara naib juara akan menerima wang tunai RM500 dan medal, diikuti hadiah tiga bersama masing-masing menerima wang tunai RM200 dan juga medal.

Suara Sarawak