Beberapa nelayan membawa kerapu gergasi seberat 131 kilogram ke darat pagi tadi.  (kredit gambar kepada Zaliha Hassan)

MIRI: Seorang nelayan di Kampung Kuala Batu Satu, Jalan Lutong-Kuala Baram di sini berjaya menaikkan seekor ikan kerapu gergasi seberat 131 kilogram, pagi tadi.

Ikan itu dipercayai terkena pukatnya yang dipasang di pantai Kuala Batu Satu.

Difahamkan, ikan berharga itu sudah dibeli oleh seorang individu.

Bagaimanapun tidak dipastikan jumlah harga jualan ikan itu yang diberikan kepada pembeli berkenaan.

Harga pasaran bagi ikan gergasi itu dianggarkan sekitar RM40 sekilogram.

Kelibat nelayan terbabit bersama-sama beberapa nelayan lain mengangkat ikan itu ke darat turut menarik perhatian orang ramai.

Suara Sarawak