BEECAKAP… Syeed Mohd Hussein bercakap pada sidang media selepas pelancaran Majlis Pembukaan Latihan Pemasangan Wireless dan Microwave Hardware di Centexs Jalan Sultan Tengah Rampangi, Santubong dekat sini, hari ini.
(F: MOHD AZZMAN ROSALI)

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) Kampus Kuching menjadi institusi pertama di Malaysia yang menawarkan latihan Teknologi 5G Star.

Ketua Pegawai Eksekutif Centexs Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman berkata, dalam masa terdekat ini Huawei akan membekalkan peralatan pertama 5G di Malaysia iaitu di Centexs Kuching.

“Sistem tersebut juga akan kita guna untuk latihan yang ditawarkan. Ini bermakna, kita sudah bersedia untuk melaksanakan latihan kemahiran berkaitan 5G di Malaysia.

“Bahkan kemudahan ini hanya ada satu sahaja dalam negara dan juga Sarawak iaitu di Centexs Kuching, manakala yang lain ditawarkan di China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Majlis Pembukaan Latihan Pemasangan Wireless dan Microwave Hardware di Centexs Jalan Sultan Tengah Rampangi, Santubong dekat sini, hari ini.

Menurut Syeed Mohd Hussein, Centexs mempunyai enam kampus di Sarawak, namun untuk digital mereka hanya mempunyai satu kampus sahaja yang mempunyai kemudahan lengkap iaitu di Kuching.

Katanya Centexs Kuching mempunyai fasiliti tanpa wayar, ‘microwave’, pusat data dan keperluan lain yang berkaitan.

Sementara, beliau berkata program Latihan Pemasangan Wireless dan Microwave Hardware yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini hingga 11 Mac nanti, melibatkan 14 orang peserta dari lima syarikat telekomunikasi yang juga subkontraktor Huawei.

Suara Sarawak