Anggota bomba melakukan pencarian di darat iaitu di sekitar tebing Bukit Lasak pagi tadi.

KUCHING: Usaha pencarian kanak-kanak hilang, Eric Chang Wei Jie, 4, memasuki hari ketiga hari ini diperluaskan sehingga ke Tanjung Po.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi SAR yang bermula kira-kira jam 9 pagi dengan taklimat penyelarasan disampaikan oleh Pegawai Medan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jeti Muara Tebas.

Bagaimanapun, katanya, operasi ditangguhkan sementara pada jam 10.40 pagi ekoran keadaan air surut dan cuaca hujan lebat yang mengehadkan penglihatan pasukan SAR serta atas faktor keselamatan.

Sementara beliau berkata, operasi melalui jalan darat telah digerakkan sekitar tebing Bukit Lasak yang dianggarkan pada jarak 300 meter sementara menunggu air pasang.

Taklimat penyelarasan disampaikan oleh Pegawai Medan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jeti Muara Tebas.

“Usaha pencarian ditingkatkan lagi dengan bantuan anjing pengesan dari Pasukan K9 ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pencarian membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan dua anggota Pasukan K9 bersama seekor anjing pengesan.

Tambahnya, pencarian turut melibatkan seramai 15 anggota dan pegawai polis bersama sebuah bot marin (PCS 11), 10 anggota dan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama sebuah bot Maritim (Kilat 35), tiga buat dron dari Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM dan tiga anggota Pasukan Bomba Sukarelawan Bako Indah.

Anggota bomba melakukan pencarian di darat iaitu di sekitar tebing Bukit Lasak pagi tadi.

Suara Sarawak