SELESAI PERASMIAN…Abang Suhordie Abang Zaini (kiri) bergambar kenangan bersama pemain selesai perasmian.

KUCHING: Tirai Kejohanan Futsal Terbuka Piala Ahli Parlimen P.204 Betong, Edisi I 2022 akan dilabuh sepenuhnya petang esok.

Sekali gus, bakal diketahui pasukan yang akan dinobat juara menerusi perlawanan akhir yang berlangsung pukul 3.00 petang di Arena Futsal Jang Bs Spaoh, Betong.

Sejumlah 24 pasukan bersaing untuk edisi pertama yang berlangsung selama dua hari (5 & 6 Mac) dengan format liga kumpulan untuk peringkat awal.

Majlis perasmian berlangsung sebentar tadi disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini.

Dalam ucapan ringkasnya beliau berharap kejohanan ini akan menjadi landasan mengenal pasti pemain berbakat.

Di samping memberi peluang kepada pemain untuk mengetengah bakat masing-masing.

Suara Sarawak