KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,900 selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis Methamphetamine di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini,

Majistret Zaiton Anuar menetapkan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh Wong Pak Ing, 45, sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 1.43 gram di sebuah blok kediaman pangsapuri di Jalan lapangan Terbang, di sini, kira-kira jam 11.00 malam, 28 Januari 2010.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, hendaklah didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak