KUCHING: Seorang pembantu penghantar sayur dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah kerana terlibat dalam aktiviti judi atas talian.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 20 tahun selepas menerima laporan sosial hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana mengendalikan mesin judi menggunakan sebuah telefon pintar jenama Vivo di hadapan sebuah kedai makan di Taman Sri Sarawak, di sini, kira-kira jam 9.45 malam, 5 Ogos 2021.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 untuk setiap mesin judi yang dirampas dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak