KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, pemainnya siap sedia untuk berdepan UiTM FC dalam aksi pusingan pertama kempen Piala FA 2022 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

JURULATIH…Irfan Bakti.

Dengan sasaran cuba beroleh kemenangan bagi mencetak tiket ke pusingan kedua.

“Kemenangan menjadi sasaran kita malam esok. Saya percaya tiada jalan mudah untuk pemain menggapai impian tersebut kerana pasukan lawan pasti berusaha memberi tekanan sepanjang saingan,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Namun menurut Irfan, segalanya tidak mustahil untul direalisasikan dengan mengharap barisan kesebelasan utama yang diturunkan nanti dapat menterjemah pelan serta strategi yang diguna pakai dengan sebaik mungkin.

Pun begitu, Irfan turut meningatkan pemainnya agar sentiasa berwaspada kerana segala kemungkinan boleh berlaku.

Apatah lagi katanya, perlawanan malam ini disifatkan pentas pertama buat anak-anak buahnya setelah empat bulan tanpa perlawanan kompetitif.

Dalam pada itu, Irfan turut berharap kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri akan dapat dimanfaat sepenunya oleh pemain.

Suara Sarawak