KAWAL…Penyerang KC FC II, Amir Amri Salleh (kanan) mengawal bola sambil disaing hebat pemain Sri Pahang FC pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya. -;FOTO ALIF NONI

KUCHING: Skuad pelapis warga kota, Kuching City FC II (KC FC II) masih gagal untuk meraih kemenangan dalam kempen Piala Presiden 2022.

Anak-anak buah Kamaruddin Anuar tewas (3-1) ketika melayani kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya, petang tadi.

Sekali gus, merupakan kekalahan kedua The City Boys Junior selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Gol pasukan Sri Pahang FC dijaringkan oleh Mohammad Saiful Jamaluddin minit ke-14 dan 46.

Sambil satu lagi gol dijaringkan okeh Mohammad Amin Che Jusoh pada minit ke-26

Sementara, gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Mohammad Syukri Madeli minit ke-57.

Ketua Jurulatih KC FC II, Kamarudi Anuar mengakui akur dengan kekalahan dialami pemainnya.

“Kita melakukan rombakan di beberapa posisi, walaupun gagal untuk meraih kemenangan, namun pemain telah memberikan aksi terbaik mereka,” jelas Kamarudin ketika ditemui Arena Suara Sarawak selesai perlawanan.

Sambil memuji karektor diperagakam pemain terutama pada babak kedua.

Kamarudin pada masa sama mengakui berlaku peningkatan prestasi pemainnya ketika ini.

Perlawanan seterusnya KC FC II akan menentang Sabah di Stadium Likas pada 23 Mac ini.

Suara Sarawak