DALAM KENANGAN….Allahyarham Mohd. Daud.

KUCHING: Dunia sukan Sarawak kehilangan pemimpin sukan berwibawa dengan pemergian Mohd. Daud Jelani, 66 yang juga Presiden Persatuan Bot Kawalan Jauh Bahagian Kuching (KRPCA).

Allahyarham yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) atas masalah komplikasi jantung dan disah meninggal dunia pukul 10.30 malam tadi.

“Kita kehilangan seorang pemimpin sukan yang berwibawa.

“Allahyarham seorang yang komited dalam melaksana apa-apa program,” ujar Pengarah Perlumbaan, Abang Nawawi Bolhassan Abang Dawi kepada Arena Suara Sarawak

Menurut Abang Nawawi, Allahyarham seorang pemimpin sukan yang berkarisma tinggi.

Katanya, sejak memegang tampuk kepimpinan badan induk itu (KRCPA) turut menyaksikan pembangunan sukan bot kawalan jauh khususnya di Kuching dan sekitarnya begitu hebat sekali.

“Banyak perubahan berlaku dalam sukan bot kawalan jauh sejak Allahyarham menjadi Presiden pada tahun 2015,” tegas Abang Nawawi.

Suara Sarawak