CETUS SEMANGAT…Hajah Mariam Dollah (tengah) selepas majlis penyerahan jersi.

KUCHING: Skuad PWD Kuching United meletak sasaran untuk cuba layak ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak JKR Sarawak 2022 (Zon Selatan) yang akan berlangsung di Stadium Unimas, Kota Samarahan pada 18 hingga 20 Mac ini.

Diundi dalam Kumpulan B bersama dua lagi pesaing lain, JKR Samarahan dan JKR Sri Aman.

Anak-anak buah kendalian tiga jurulatih berpengalaman (Mohd. Hanif Junaidi, Wihariyanto Saibon dan Wan Asfia Wan Bagus) optimis misi kearah itu mampu tercapai.

Menurut Mohd Hanif, meskipun pembentukan pasukan hanya sekitar sebulan yang lalu, tetapi komitmen diberikan pemain sepanjang menjalani latihan agak luar biasa.

“Dengan kata lain, pemain dilihat tidak bermasalah menerima corak latihan diterapkan.

MEMBURU JUARA… Mariam Dollah (duduk ditengah) bersama-sama pemain dan pegawai PWD Kuching United.

“Justeru, diharap pemain dapat menterjemah segala tektikal yang diterapkan pada aksi sebenar kelak,” ujarnya.

Dua perlawanan peringkat kumpulan membabitkan PWD Kuching United pada 19 Mac.

Menentang JKR Samarahan (8.00 pagi). Disusuli aksi terakhir menentang JKR Sri Aman (4.00 petang).

Sebentar tadi berlangsung majlis penyerahan jersi yang disempurnakan Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Kuching, Mariam Dollah.

Kejohanan selama tiga hari itu turut menghimpunkan empat pasukan lain dari Kumpulan A iaitu FC Headquaters, SRO, JKR Serian dan JKR Betong FT.

Suara Sarawak