JUARA…Ramlan Maludin (temgah) menerima hadiah selaku juara.

KUCHING: Kehebatan Ramlan Maludin dalam sukan gasing nyata masih sukar ditandingi.

Ia susulan pemangkah berpengalaman itu berjaya merangkul juara pada Pertandingan Pangkah Gasing Perseorangan 2022 yang berlangsung di Gelanggang Gasing Kampung Spaoh, Betong baru-baru ini.

Beliau berjaya menumpaskan pencabar berpengalaman luas, Majalis Mat yang memenangi tempat kedua.

Sementara itu, Hasman Nawi dan Sami Misa yang tewas di peringkat separuh akhir menduduki tempat ketiga bersama.

NAIB JUARA…Majalis Mat (tengah) muncul naib juara.

Menurut Pengerusi Pertandingan Abang Hendi Abang Zaini, penganjuran pertandingan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada pemain atau pemangkah mempamer kehebatan mereka bermain sukan tradisional berkenaan.

“Secara tidak langsung, penganjuran pertandingan ini dapat menyemai minat di kalangan generasi muda terhadap sukan gasing berkenaan,” katanya.

Majlis perasmian pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat Kelab Sukan Gasing Spaoh, Abang Suhordie Abang Zaini.

Pertandingan anjuran Kelab Sukan Gasing Spaoh itu telah disertai 48 orang.

Keempat-empat pemangkah yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga terbabit menerima hadiah piala dan hamper.

Suara Sarawak