KUCHING: Seorang remaja lelaki didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan memiliki dadah pada November tahun lalu.

Tertuduh berusia 19 tahun mengaku bersalah atas satu bertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Maris Agan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dadah di sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawah, di sini sekitar jam 10.30 pagi, 3 November 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 9 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Subsekyen 32(2) Akta yang sama.

Racun: Tertuduh(baju putih) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada 3 November 2021, sekitar jam 10,30 pagi, di sebuah pangsapuri, sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak telah memeriksa seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah.

Hasil pemeriksaan beg tangan tertuduh menjumpai satu paket disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dan satu paket berisi sebiji pil disyaki eramin 5.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suara Sarawak