KUCHING: Sebanyak 1,244 kes Covid-19 baharu dilaporkan di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 564 kes merupakan kategori 1, 669 kes adalah kategori 2, manakala 11 kes dikelaskan dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 446 kes, diikuti Miri (235), Sibu (147), Samarahan (78), Bintulu (58), Serian (56), Sarikei (37), Bau (33), Limbang (17), Mukah (16), Lawas (15), Kanowit (13), Belaga (12), Saratok (10), Sri Aman (9), Meradong dan Kapit (8).

“Sementara, Marudi merekodkan tujuh kes, Dalat (5), Asajaya dan Beluru (4), Betong, Simunjan dan Matu (3), manakala masing mencatatkan dua kes di Lundu, Song, Daro, Lubok Antu, Selangau, Subis dan Sebauh serta satu kes di Pakan, Kabong dan Tebedu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada sama sama, katanya satu kes kematian direkodkan, melibatkan lelaki berusia 72 tahun di Samarahan, dengan latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.

JPBN dalam kenyataan sama turut menyatakan sebanyak sembilan kompaun telah dikeluarkan di Kuching atas kesalahan gagal mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera.

Suara Sarawak