KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam apabila sebanyak 1,252 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 291,459.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 334 kes dalam kategori 1, manakala 913 kategori 2, satu kes kategori 3, dua kes kategori 4 dan kategori 5,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kata JPBN daerah Kuching merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 408 kes, Miri (202), Bintulu (130), Sibu (91), Serian (75), Samarahan (60), Sarikei (38), Bau (32), Sri Aman (24), Mukah (20), Betong (15), Subis (14), Limbang dan Tebedu (13), Kabong (12) serta Saratok (11).

“Manakala, Tanjung Manis sembilan, Matu, Pakan, Lundu dan Kanowit (8), Simunjan, Dalat dan Asajaya (7), Marudi (5), Pusa, Lubok Antu dan Meradong (4), Julau dan Kapit (3), Lawas, Telang Usan dan Selangau (2), Beluru, Tatau dan Daro (1),” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, JPBN memaklumkan terdapat tiga kematian dilaporkan melibatkan kes dari Kuching dan Sibu.

“Kes dari Sibu merupakan lelaki berusia 50 tahun dan tidak mempunyai sejarah penyakit atau ko-morbid.

“Selain itu, bagi dua kes lagi adalah lelaki dari Kuching dan berusia 78 tahun dan 79 tahun. Kedua-dua mereka juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan dis dislipidemia,” jelasnya.

Suara Sarawak