HEBAT…Atlet kontinjen Sarawak bersama pegawai dan jurulatih merakam gambar selesai saingan.

KUCHING: Kontinjen Sarawak berjaya membawa pulang sembilan pingat keseluruhan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Edisi Ke-97, 2022.

Kejohanan dua hari (5 dan 6 Mac) yang berlangsung di Stadium Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu turut menyaksikan Sarawak meraih tiga pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa.

Kesemua pingat emas disumbangkan oleh Grace Wong (tukul besi), Queenie Ting (cakera wanita) dan Mohd. Rizzua Haizad (110 berpagar).

Manakala, empat pingat perak diperoleh menerusi Abdul Rahman Lee (cakera lelaki), Brendon Ling (lompat kijang lelaki), 4 X 100 meter lelaki dan Erica Peter (200 meter wanita).

Sambil dua pingat gangsa masing-masing disumbang oleh Lucas Wong (3000 meter) dan Jonah Chang Rigan (lontar peluru lelaki).

Kejohanan tersebut merupakan penampilan kedua atlet kontinjen Sarawak selepas Kejohanan Olahraga Perak All Comers I 2022 penghujung Februari lalu.

Suara Sarawak