Sarawak rekod 1,484 kes baharu Covid-19

KUCHING: Kadar jangkitan Covid-19 di Sarawak hari ini mencatatkan 1,484 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini 284,502.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata daripada jumlah tersebut, 466 dalam kategori 1, 1,009 ialah kategori 2 dan sembilan kes lain melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

Katanya Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 637 kes, diikuti Miri (145), Bintulu (133), Sibu (113), Samarahan (90), Serian (60), Sarikei (40), Sri Aman (39) dan Bau (38).

“Manakala Betong mencatakan 22 kes, Limbang (19),Saratok (14), Kabong (13), Mukah (11), Simunjan (10), Kapit (9), dan Meradong, Lundu serta Pakan (8) kes.

“Sementara, Lawas, Lubok Antu, Subis (7), Dalat, Tebedu (6), Matu, Telang Usan (5), Pusa, Marudi, Selangau (4), Tatau (4), Asajaya, Julau, Kanowit (2), dan masing-masing satu kes di Sebauh, Daro dan Song,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN berkata tiada kematian dilaporkan dan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

Suara Sarawak