KUCHING: Majlis Kanser Nasional (Makna) menyediakan saringan kanser payudara secara percuma kepada wanita berusia 40 hingga 65 tahun di dua lokasi iaitu Kuching dan Kota Samarahan.

Perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, dengan harapan ramai wanita dalam golongan umur berkenaan tampil membuat saringan.

“Sebarkan perkara ini dan jemput wanita dalam kumpulan umur berkenaan untuk tampil bagi membuat saringan kanser payudara secara percuma,” katanya.

Di Kuching, saringan akan dibuat di perkarangan Dewan Masyarakat Padungan pada 26 hingga 29 Mac ini, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Manakala di Kota Samarahan akan dibuat di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan pada 30 Mac hingga 1 April, dari am 9 pagi hingga 5 petang.

Suara Sarawak