LEPAS…Penyerang SU FC, Francis Kone (depan) berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan KDA FC. – FOTO ALIF NONI

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak United FC (SU FC), B. Sathianathan tetap memuji prestasi hebat dipamerkan pemainnya.

Walaupun gagal untuk meraih sebarang mata selepas tewas tipis (1-0) ketika menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Namun, pemain berjaya memberikan yang terbaik sepanjang saingan.

Malah, berupaya memberi tekan kepada pasukan pelawat jika dilihat dari segi mutu permainan.

“Banyak peluang berjaya dicipta untuk menjaringkan gol, cuma kemenangan tidak memihak kepada kami,” ujar Sathianantha pada sidang media selepas perlawanan.

Sambil merujuk percubaan dilakukan Uche Agba, Francis Kone, Kok Boris, Nurshamie Iszuan Amin dan Abdul Rahim Abdul Razak yang gagal menembusi gawang pasukan pelawat.

Sathianantan percaya jika anak-anak buahnya mampu menjaringkan gol pada perlawanan malam tadi, mungkin tiga mata yang dihajati itu mampu menjadi milik SU FC.

“Francis Kone dan Kok Boris baharu sahaja bersama dalam pasukan, mereka tidak cukup cergas tetapi masih mampu memberi persembahan terbaik masing-masing,” tambah beliau.

Perlawanan sulung SU FC dan KDA FC malam kelmarin turut disaksikan seribu penyokong.

Gol tunggal KDA FC dijaringkan okeh bintang import, Wanja Ronald Ngah minit ke-18.

Suara Sarawak