KUCHING: Satu webinar percuma berkaitan kepelbagaian jerung dan ikan pari borneo serta biodiversiti parasitnya akan diadakan pada 23 Mac depan melalui aplikasi Zoom, pada jam 10.00 pagi.

Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) dalam satu kenyataan semalam berkata, pakar marin terkemuka antarabangsa akan berkongsi tentang kepelbagaian hidupan laut tersebut termasuk hasil penemuan yang dibuat di rantau ini.

Jelasnya, jerung dan ikan pari dipilih sebagai topik kerana dua hidupan ikonik di lautan ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dalam pelbagai aspek.

“Webinar ini akan disampaikan oleh seorang Profesor dari Jabatan Ekologi dan Biologi Evolusi, dan Kurator Kanan Zoologi Invertebrata, Institut Biodiversiti, Universiti Kansas Dr Kirsten Jensen.

“Sesi ini juga akan memaparkan pandangan di dalam usus haiwan marin tersebut dan melihat kepelbagaian parasit yang tinggal di dalam badan jerung dan pari,” kata kenyataan tersebut.

Mengenai Dr Jensen, beliau telah menerbitkan lebih daripada 70 kertas kerja, buku dan monograf. Selain telah menyampaikan lebih 115 pembentangan penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa, terutamanya berkaitan dengan biodiversiti parasit marin.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar masuk secara terus di pautan https://bit.ly/3wb00E1 melalui aplikasi Zoom.

Ceramah ini juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi SBC di www.facebook.com/sarawak.biodiversity.centre.

Suara Sarawak