JUARA…Persatuan Seni Silat Selendang Abadi ‘B’.

KUCHING: Persatuan Seni Silat Selendang Abadi ‘B’ mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara Persembahan/Pertandingan Silat Kuching 2022 yang berlangsung di Amphitheater Tebingan Kuching hujung minggu lalu.

Tempat kedua pula milik Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK). Manakala, tempat ketiga milik Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Bau.

Sementara itu, Perguruan Seni Silat Kunto Spring Nek Bujang (A) sekadar berpuas hati menduduki tempat keempat.

Berbanding tempat kelima menjadi milik Perguruan Seni Silat Kunto Spring Nek Bujang (B).

Guru Utama PPSAZK, Abang Mustapha Abang Khaider berkata, program selama sehari itu (26 Februari) itu dianjur oleh Kelab Sukan Dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), The Hills Kuching dengan kerjasama PPSAZK.

Menurut Abang Mustapha, sebanyak sepuluh perguruan terlibat sekali gus menjayakan program berkenaan.

“Menariknya, program seumpama itu akan dilangsungkan setiap bulan,” tambah beliau.

Katanya, penganjuran program berkenaan tidak hanya dianggap sebagai landasan memupuk minat dikalangan generasi muda terhadap seni silat.

Pendekatan kearah itu secara tidak langsung dapat memartabatkan kembasi warisan tersebut agar ianya tidak terus terpinggir ditelan zaman.

Suara Sarawak