KUCHING: Sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi pelajar sekolah menengah akan dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bermula 21 Mac.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, kesemua pelajar menengah hanya akan hadir untuk sesi bersemuka bermula 4 April tanpa sebarang penggiliran pelajar

“Ketetapan sama akan diguna pakai bagi sekolah berasrama penuh termasuk pra-universiti serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Kecuali bagi pelajar Tingkatan 1 yang bakal memasuki sekolah berasrama penuh, pendaftaran akan dilaksanakan secara dalam talian sementara pelajar boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, KPM turut menegaskan agar semua murid menjalankan ujian saringan Covid-19 dan melaporkan keputusan ujian saringan kepada pihak sekolah.

“Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan sesi persekolahan bermula pada 21 depan.

“Bagi sekolah rendah yang mempunyai kurang 600 murid, mereka akan hadir secara bersemuka tanpa penggiliran termasuk murid berkeperluan khas, prasekolah, Tahun 1, 2 dan 6 serta murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Sementara murid Tahun 3, 4 dan 5 akan ke sekolah secara penggiliran,” jelas KPM

Suara Sarawak