TETAP BERSEMANGAT….Sesi latihan pemain SU FC II akan berlangsung sebelah malam sepanjang Ramadan.

KUCHING: Sesi latihan pemain skuad Sarawak United FC II (SU FC II) akan disambung semula 6 April depan.

Ketua Jurulatih, Safri Amit memberitahu ketika ini barisan pemain skuad pelapis itu diberi pelepasan cuti selama seminggu bagi memberi peluang kepada mereka menyambut bulan Ramadan bersama keluarga.

Katanya, rutin azali sepanjang bulan puasa itu kelak sedikit berbeza apabila sesi latihan pemain akan diadakan sebelah malam.

“Latihan akan diadakan pada sebelah malam sepanjang ramadan bermula 6 April nanti,” jelas Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, pemain mungkin mengharungi aksi pemanas badan sesama sendiri bagi mengekalkan tahap kecergasan serta keserasian.

Pemain skuad pelapis itu menghuni tangga keempat Kumpulan C.

Menggumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan, mencatat dua kemenangan, sekali seri dan sekali kalah.

Aksi terakhir penutup tirai saingan pusingan pertama peringkat kumpulan akan menentang Sri Pahang FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada 26 Mei nanti.

Suara Sarawak