TIONG King Sing…

SIBU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kekal menggunakan ujian RT-PCR Covid-19 kepada orang ramai.

Ia susulan penggunaan ujian RT-PCR Covid-19 masih diperlukan untuk mengesan Covid-19 dengan lebih berkesan.

Justeru katanya, penggunaan ujian RTK harus dikenakan harga yang lebih murah agar tidak membebankan.

“Seperti negara China, harga ujian RT-PCR tempatan di sana berharga 40 RMB dan harganya mungkin lebih rendah jika dibeli secara pukal.

“Mengapakah kos RT-PCR di Malaysia begitu tinggi? KKM perlu menyemak semula kos ini memandangkan harga pelitup muka boleh dikurangkan,” katanya dalam catatan di laman Facebook rasminya, malam tadi.

Sehubungan itu, Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) itu membantah sekeras-kerasnya keputusan KKM untuk berhenti menggunakan ujian RT-PCR kepada orang ramai sebaliknya mengesyorkan penggunaan kit ujian pantas antigen (RTK-Antigen).

Menurut Tiong, ramai pesakit berpendapatan rendah bergantung kepada ujian RT-PCR yang disediakan oleh KKM bagi mengetahui tepat nilai kitaran ambang (CT) untuk menentukan risiko penularan serta tahap keterukan risiko penyakit.

Dalam laporan sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai agar mengurangkan kebergantungan terhadap saringan ujian RT-PCR, ketika negara kini berada dalam fasa peralihan menuju endemik.

Katanya, ia berikutan ujian RTK Antigen sudah memadai untuk pengesanan jangkitan Covid-19 dan lebih murah serta mudah didapati di pasaran.

Suara Sarawak