CARI SOLUSI… Ali, Mohamad & Friday ketika sesi taklimat khas berkenaan status terkini isu penyalahgunaan dadah di kawasan Parlimen Saratok, kelmarin.

SARATOK: Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju menyokong penuh cadangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk menubuhkan skuad antidadah di Saratok.

Menurutnya, ia sebagai langkah pencegahan awal pencegahan masalah dadah sekali gus menghindari berlakunya masalah sosial lain dan jenayah dalam kalangan masyarakat.

“Saya peka dan memandang serius isu penyalahgunaan dadah serta bahan terlarang dalam kalangan masyarakat terutamanya di Saratok.

“Justeru, saya sedia bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk membanteras masalah ini termasuk cadangan mewujudkan skuad antidadah di sini,” katanya.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian selepas menghadiri taklimat khas berkenaan status terkini isu penyalahgunaan dadah di kawasan Parlimen Saratok, semalam.

Data daripada taklimat yang disampaikan oleh pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, berlaku peningkatan serius sejak 2020.

Suara Sarawak