BEKAS pemain Malaysia, Lim Chan Yew meramalkan pendatang baharu, Sarawak United FC (SUFC) bakal bergelut mengharungi saingan Liga Super 2022 yang bermula Jumaat ini.

“Saya jangka agak sukar bagi SUFC bersaing dalam Liga Super musim ini. “Ia mengambil kira perubahan yang dilakukan pihak pengurusan pasukan.

“Malah, ramai tonggak utama yang membantu SUFC ke Liga Super telah menyertai pasukan lain sekali gus memberi kesukaran kepada mereka,” ujar Chan Yew.

“Namun, jika masalah yang timbul sebelum ini dapat diselesaikan dan mereka mempunyai pemain import yang hebat serta berkualiti, saya rasa mungkin mereka akan kekal,” jelasnya.

Antara tonggak musim lalu yang tidak lagi menyertai SUFC ialah Taylor Regan, Sandro Mendonca, Tommy Mawat, serta bekas penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha. SUFC memulakan saingan Liga Super Jumaat ini, menentang Kedah FC di Stadium Negeri.

Suara Sarawak