KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus komited menempa nama untuk menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terulung di Borneo.

Naib Canselor Unimas Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, perkara tersebut selaras dengan pengumuman Indonesia yang menempatkan ibu negara baharu di Nusantara, Palangkaraya, Timur yang terletak di kepulauan Borneo.

“Justeru, berbekalkan hasrat murni ini Unimas turut merangka pendekatan lebih agresif pada tahun 2022 dalam mengeratkan dan menguatkan peranan, sumbangan serta penglibatannya dalam pengembangan ilmu.

“Ia juga dilaksanakan melalui perancangan dan pembentukan kerjasama dengan rakan-rakan strategik di universiti-universiti pengajian tinggi di Kalimantan, Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Anugerah Gemilang Unimas (Magu) di Dewan Tunku Abdul Rahman (Detar Putra) Unimas di sini, hari ini.

Ujarnya dengan Unimas bakal menjangkau usia 30 tahun serta visi untuk menjadi sebuah universiti global yang disegani, kesiapsiagaan dalam mendepani cabaran dunia pendidikan pasca-pandemik perlu ditingkatkan.

“Pada masa yang sama, keupayaan kita untuk menempa pencapaian gemilang dengan melangkaui batasan keselesaan juga perlu disemarakkan,” ujarnya.

Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (F: GHAZALI BUJANG)

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak