150 golongan asnaf dan pemandu My Car terima sumbangan Ramadan

KUCHING: Seramai 150 individu terdiri daripada keluarga asnaf dan pemandu My Car menerima bantuan menerusi Program Amal Ramadan Yayasan Raghad di Pusat Bangunan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, di sini hari ini.

Sumbangan berupa bakul makanan dan duit raya tersebut diserahkan sendiri oleh Pengerusi Ragad Foundation, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Menurut Pelaksana Ketua Pegawai Eksekutif Raghad Foundation Datuk Mohd Riffairudin Mohd Hussein, sumbangan tersebut bertujuan bagi meringankan beban golongan asnaf dan pemandu My Car sempena bulan ramadan tahun ini.

“Justeru, pada hari ini, kesemua peserta yang menerima bantuan terdiri daripada 50 golongan asnaf dan 100 pemandu My Car di sekitar kawasan bahagian Kuching,” katanya.

Tambahnya, program seumpama ini sedang dilaksanakan secara berterusan termasuk Program Bersama Masyarakat yang mana pihaknya akan bertemu penduduk kampung di Kampung Tabuan mengadakan program bubur lambuk.

“Esok kita akan mengadakan program memasak bubur lambuk bersama penduduk kampung di sana, sekali bersama-sama pengerusi sekali, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad.

“Istimewanya resepi masakan bubur lambuk terkenal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur yang kita akan buat bersama masyarakat di sana,” katanya kepada pemberita.

SERAH…Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak