Kuching: Sempena Good Friday, Aspire Group (AG) dan SABERKAS Cawangan Pending telah menyumbangkan 50 bungkusan makanan kepada keluarga yang memerlukan di Kampung Sg. Periok.
Program amal bagi meringankan beban keluarga ini diserahkan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng bertempat di SRB St. Andrew.
Bungkusan makanan yang diserahkan terdiri tersebut terdiri daripada satu beg beras, telur, ayam, makanan tin dan keperluan lain.
Pengurus Kanan Agensi AG Anna Ganai berkata, sekurang-kurangnya 20 orang menyertai program menyampaikan bantuan makanan kepada wakil keluarga itu hari ini.
“Justeru, kami dari Kumpulan Aspire, mempunyai tujuan bagi membantu lebih ramai bumiputera untuk menyertai kumpulan kami dalam pembangunan kerjaya.
“Kami juga berharap lebih ramai syarikat insurans akan menyertai untuk membantu komuniti pada masa hadapan” katanya.
