SIBU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama isterinya Datuk Amar Juma’ani Bujang. melawat Masjid Al-Qadim, Jalan Kampung Nyabor di sini petang Isnin.

Rombongan disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar. Dr Annuar membawa Abang Johari serta rombongannya melihat keindahan dan keunikan masjid tertua di Sarawak itu.

Abang Johari singgah sebentar di masjid tersebut sebelum menghadiri majlis Nuzul Al-Quran di Masjid An-Nur. Dr Annuar berharap agar masjid ini dapat digunakan secepat mungkin.

“Insya-Allah doakan bahawa Masjid Al-Qadim ini sempat digunakan pada penghujung Ramadan ini,” ujar beliau.

Turut sama mengiringi Abang Johari ialah Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Fauzi.

Suara Sarawak