KUCHING: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Miri, semalam.

Majlis Serah Terima Tugas beliau bersama bekas KPD Miri, ACP Hakemal Hawari dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sambil disaksikan Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

Alexson berkhidmat sebagai Ketua JSDPT Sarawak selama tempoh empat tahun lapan bulan dengan jayanya.

Majlis turut menyaksikan penyerahan tugas Ketua JSDPT Sarawak di antara Alexson bersama Superintendan Bingkok John.

Alexson akan mulai melapor diri di IPK Miri pada 21 April 2022.

SERAH….Alexson (kanan) menerima surat serah terima tugas daripada bekas KPD Miri, ACP Hakemal Hawari (kiri) sambil disaksikan oleh Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata

Suara Sarawak