MUKAH: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Tellian Ulu Mukah mengalu-alukan penduduk di Daerah Mukah khasnya penduduk Kampung Tellian untuk meletakkan produk jualan di rak atau almari di dalam bangunan PEDi Kampung Tellian Ulu di sini.

PEDi Tellian Ulu yang telah menerima lebih 60 ahli dan sedang membuka penyertaan penduduk di sekitar untuk masuk ahli, sekali gus menyertai atau menggunakan kemudahan di PEDi Tellian Ulu.

Pengurus PEDi Tellian Ulu, Mohammad Aniq Amsyar Fauzi memberitahu waktu operas dibuka pada setiap Hari kecuali cuti umum.

Katanya, PEDi, sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti masih mempunyai fungsi yang sama iaitu membantu komuniti untuk mahir dalam menggunakan ICT serta membantu usahawan komuniti untuk menggunakan platform digital sebagai tempat menjual barangan mereka.

“Pendaftaran ahli sebanyak RM5 seumur hidup yang mana menyediakan Kemudahan dan Perkhidmatan Penggunaan Komputer dan Internet, mencetak (print), fotostat, binding, laminate dan sewa bilik latihan.

Pengurus PEDi Tellian Ulu, Mohammad Aniq Amsyar Fauzi

“Aktiviti dan program yang disediakan ialah seperti kelas microsoft office, kelas usahawan, kelas Adobe photoshop dan sebagainya.

Ada perkhidmatan tambahan – format pc, internal cleaning pc, installing microsoft office, upgrade ram.

“Panel penasihat terdiri daripada Penghulu Juana Lupaih, Penghulu Kampung Tellian sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi Ketua Kaum Spancer Hairin Junang, Biro 1 Ketua Kaum Wena Dominic Lai, Biro 2 ialah John Bantin dan Biro 3 Muhammad Remmy Jazeri Sukup,” katanya.

Menurut Evelyn Hillary, Penolong Pengurus PEDI di bangunan Kampung Tellian Ulu memberitahu mana-mana penduduk yang ingin meletakkan barangan jualan hendaklah mendaftar sebagai ahli PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah dengan yuran keahlian hanya RM5 sahaja seumur sehidup.

Selain itu, harga sewa tidak dikenakan pada tahun ini. Sah sehingga 31 Disember 2022.

Tiada komisyen dikenakan ke atas produk/barangan dan hanya tinggal letakkan sahaja produk/barangan anda di rak tersebut.

Katanya, pihak PEDI juga akan membantu anda untuk mempromosikan produk atau barangan anda secara online dan offline, dan anda digalakkan untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa barangan anda juga turut dijual di PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah.

Selain itu katanya, tanda harga produk anda akan disediakan oleh pihak PEDi dan bagi yang menjual barangan atau khidmat seperti surprise delivery, bouquet, kek, pakaian dan lain-lain yang perlu ditempah dahulu, anda boleh tinggalkan brochure anda di PEDi Kampung Tellian Ulu.

Untuk sebarang pertanyaan dan soalan , anda boleh menghubungi whatsapp pihak PEDI kami di talian www.wasap.my/+60128875820/ BoxPEDi, Mohammad Aniq Amsyar dan www.wasap.my/+60166018920/ BoxPEDi , Evelyn Hillary


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak