KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberi bantuan khas sempena Aidilfitri dan Gawai Dayak tahun ini sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai perkhidmatan awam Sarawak.

Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan hari ini, menyatakan bantuan khas itu akan dibayar pada April iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak yang akan datang.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota perkhidmatan awam Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi
tempoh yang penuh cabaran ini.

“Kerajaan juga berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai perkhidmatan awam Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya.

Suara Sarawak