GAMBAR KENANGAN…Ahmad bersama Wilfred merakam gambar kenangan bersama Ahli Majlis MPP dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak di bazar Ramadan Kota Sentosa.

KUCHING: Setelah dua tahun menyepi, Bazar Ramadan Kota Sentosa kembali meriah dengan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Datuk Ahmad Ibrahim berkata bazar ramadan itu menempatkan 53 gerai yang dibuka bermula jam 2 petang sehingga 8 malam.

“Kedatangan orang ramai adalah terkawal dan kesemuanya mematuhi penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media menyempurnakan pembukaan Bazar Ramadan Kota Sentosa, di sini hari ini dan turut disertai Adun Kota Sentosa Wilfred Yap.

Justeru, Ahmad berkata walaupun sudah dalam fasa endemik, masyarakat diingatkan agar terus mengamalkan penjarakan fizikal.

“Apa yang penting pengunjung sudah lengkap divaksin dan tidak membawa anak kecil ke sini untuk memudahkan kawalan orang ramai,” katanya.

MESRA…Ahmad menyampaikan apron kepada penjaja bazar Ramadan Kota Sentosa sempena pembukaan bazar tersebut.

Suara Sarawak