KUCHING: Bekalan telur dan daging ayam di Sarawak dijamin mencukupi sepanjang Ramadan, malah sehingga perayaan Hari Gawai akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jaminan itu diberikan oleh Central Coldstorage Kuching (CCK) selaku pengeluar telur dan ayam terbesar di Sarawak.

“Pada masa sama, harga barangan juga terkawal, malah ada yang kurang daripada harga maksima yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi Walkabout Pelancaran OPS Pantau 2022 dan Pengenalan Talian Aduan Tambahan Sempena Bulan Ramadan Serta Hari Raya Aidilfitri di CCK Local City Mall Commercial Centre, di sini, hari ini.

Sementara, Alexander mengingatkan peniaga agar tidak mengambil peluang untuk mengaut keuntungan yang tidak berpatutan setelah sempadan negara dibuka.

“Jangan suka-suka menaikkan harga barangan, itu adalah kesalahan besar,” tegasnya.

Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemu bual wartawan.

 

Bekalan ayam mencukupi sepanjang Ramadan sehingga Hari Raya dan Gawai.

Suara Sarawak