BPHB komited laksana program CSR
Maslihah merakamkan gambar bersama golongan ibu tunggal pada program Jalinan Kasih Ramadan 2022 BPHB Bersama Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (Pitsa) Cawangan Bintulu.

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) komited dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat di bandar mahupun luar bandar.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB, Maslihah Tioh berkata, kesungguhan itu dibuktikan melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun.

“Antara CSR yang dilaksanakan secara tahunan ialah program pendidikan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, sumbangan keperluan dan peralatan perubatan kepada Hospital Bintulu, program Bintulu Port Prihatin yang menfokuskan bantuan kemanusiaan akibat musibah kebakaran dan sebagainya.

“Disamping program CSR dari aspek kesihatan, kebajikan, sukan, penjagaan alam sekitar, bersama rakan media dan aktiviti bersama-sama komuniti di kawasan pedalaman dan luar bamdar,” katanya pada.

Beliau berkata demikian pada program Jalinan Kasih Ramadan BPHB Bersama Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (Pitsa) Cawangan Bintulu bertempat di Hotel ParkCity Everly, malam tadi.

Seramai 50 ibu tunggal terpilih diraikan dalam majlis berbuka puasa yang turut diselitkan dengan penyerahan sumbangan kepada golongan terbabit.

Pengerusi PITSA Cawangan Bintulu, Kurnia Ahmad Alek hadir sama.

Maslihah menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang ibu tunggal.

Suara Sarawak