KUCHING: Kadar jangkitan Covid-19 di Sarawak semakin menunjukkan penurunan dengan sebanyak 102 kes baharu dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kesemua kes tersebut merupakan kategori klinikal 1 dan 2, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 304,979 kes.

“Dalam pada itu, Daerah Kuching merekodkan sebanyak 30 kes, diikuti Bintulu (16), Miri (11), Sibu (9), Samarahan (7), Serian (5), Betong (4), Sri Aman (3) dan Bau (3).

“Sementara itu, dua kes masing-masing dilaporkan di Limbang, Mukah, Matu, Asajaya dan Meradong.

“Kapit, Lawas, Pusa dan Tebedu pula masing-masing satu kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut JPBN lagi, tiada kes kematian mahupun kluster baharu dilaporkan hari ini.

Suara Sarawak