KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 104 kes positif Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 305,083.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 43 kes dalam kategori 1 dan 61 kes kategori 2.

“Daerah Kuching merekodkan sebanyak 28 kes positif, diikuti Bintulu (20), Sibu (13), Miri (8), Limbang (7), Samarahan (5), dan Sarikei, Sri Aman, Mukah serta Julau (3).

“Serian dan Subis masing-masing merekodkan dua kes manakala Matu, Lawas, Simunjan, Dalat, Pakan, Tatau dan Tebedu (1),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam hal berkaitan, JPBN memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini.

“Pada masa yang sama, tiada kluster baharu, kluster tamat atau yang masih aktif diisytiharkan setakat hari ini,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, menurut laporan PDRM terdapat lima kompaun akibat kegagalan mendaftar masuk ke dalam premis melalui aplikasi MySejahtera dikeluarkan hari ini di Kuching menjadikan jumlah keseluruhan kompaun adalah 13,918.

Suara Sarawak