KUCHING: Kes Covid-19 di Sarawak kekal tiga angka iaitu sebanyak 112 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 304,820 kes, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 45 kes dalam kategori 1 dan 65 tergolong dalam kategori 2.

Manakala, dua kes dalam kategori 4 melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator.

“Bagi pecahan kes, daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 31 kes, diikuti Sibu (20), Miri (20), Bintulu (12), Samarahan (4), Serian (4), Mukah (3), Limbang (3), Sri Aman (2), Bau (2) dan Lubok Antu (2).

“Manakala masing-masing satu kes di Subis, Asajaya, Kapit, Betong, Simunjan, Tebedu, Lawas, Matu dan Saratok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan terdapat satu kes kematian dilaporkan di Hospital Bau melibatkan pesakit Cerebral Palsy, 30.

Manakala, tiada pengisytiharan kluster baharu diumumkan.

Suara Sarawak